News Release 2009 - Malay
Siaran Berita
Untuk siaran segera
Maklumat lanjut:
Candice Chiang
+6012 7252393 / This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Anugerah Spa dan Kesihatan Malaysia 2009
24 Pusat Spa dan Kesihatan dan Produk Spa Menerima Anugerah Berprestij
PUTRAJAYA– Setiap kali nama pemenang diumum, seluruh Putrajaya Marriott Hotel & Spa bagai bergegar dengan tepukan gemuruh seluruh warga spa Malaysia. Malam Anugerah Spa dan Kesihatan Malaysia 2009 memperlihatkan 24 pusat spa dan kesihatan tempatan serta produk spa menerima anugerah berprestij tersebut daripada Dato‘ Dr James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Pelancongan.
Anugerah Spa dan Kesihatan Malaysia merupakan anugerah terpenting di dalam industri spa Malaysia dan ditunggu-tunggu oleh seluruh warga spa negara. Anugerah tersebut dianjurkan setiap tahun oleh Majlis Promosi Spa dan Kesihatan Asia (ASWPC). Datuk Dr Victor Wee, Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Hj. Ab. Ghaffar b. A. Tambi, Timbalan Ketua Setiausaha kepada Menteri Pelancongan dan wakil-wakil daripada persatuan spa dari negara lain di Asia turut hadir.
Para penerima anugerah dipilih dari 163 percalonan oleh panel juri yang terdiri dari personaliti spa dan wartawan tempatan. Proses percalonan dan pemilihan mengambil masa tiga bulan dan melibatkan lawatan mengejut serta audit spa. Mata diberi oleh panel juri kepada suasana dan rekacipta spa, alatan yang digunakan, kemahiran dan kelayakan ahli terapi spa, menu spa dan tahap kualiti perkhidmatan.
Di antara pemenang besar tahun ini termasuk kumpulan Spa Village, anak syarikat YTL yang meraih empat anugerah. Dengan berkonsepkan spa terapung di hotel Avillion Port Dickson, Avi Spa dianugerahkan dengan Anugerah Spa Baru Terbaik dan Rawatan Tradisi Terbaik. Borneo Spa di Nexus Karambunai dan Mandara Spa di Sunway Resort Hotel & Spa pula menerima penghargaan sebagai Spa Pusat Peranginan Terbaik dan Spa Hotel Terbaik masing-masing. Manakala, Ayu Murdani dari Spa Village dan Antony Dalani dari Serenity Spa dinamakan Juruterapi Spa Terbaik.
Menurut pengerusi ASWPC, William Ng, pengusaha industri spa harus saling mengandalkan kekuatan dan mencapai kejayaan melalui pengkongsian bijak dan bukannya melihat satu sama lain sebagai lawan.
“Melalui usahasama dan pengkongsian bijak seperti yang dipromosikan oleh Mahlis, seperti yang dilantik oleh Majlis, kita mampu menggembleng kekuatan kita untuk sama-sama membangunkan industri ini”, kata beliau.
Anugerah Spa dan Kesihatan Malaysia 2009 / 2
Sejak Anugerah ini diperkenalkan tahun 2006, segenap industri spa tempatan cukup menyokong acara ini. Dengan pengenalan Anugerah ini, tahap spa kita kian meningkat dan lebih ramai dari dalam dan luar negeri mengenali spa kita sehingga kini Malaysia memiliki spa yang bertaraf dunia dan dijadikan tauladan oleh negara asing.
# # #
Latar Belakang Majlis Promosi Spa & Kesihatan Asia
Majlis Promosi Spa & Kesihatan Asia atau nama Ingerisnya ‘Asia Spa & Wellness Promotion Council’ merupakan badan koordinasi serantau untuk penggalakan spa dan pusat kesihatan. Kami membantu pertubuhan-pertubuhan kebangsaan dan serantau untuk mempromosikan spa dan pusat kesihatan di dalam dan luar rantau Asia kepada pelancong kesihatan, pengamal kesihatan, media antarabangsa dan pelabur asing.
Untuk maklumat lanjut, lawati www.aswpc.org
Latar Belakang Anugerah Spa dan Kesihatan Malaysia
Anugerah Spa dan Kesihatan Malaysia merupakan acara tahunan anjuran Majlis Promosi Spa & Kesihatan Asia dengan sokongan industri spa tempatan, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) dan Persatuan Hotel Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, lawati www.spawellnessawards.com
Anugerah Spa dan Kesihatan Malaysia 2009 / 2
Senarai Penuh Pemenang
|
Spa Terbaik – Spa Harian |
The Asia Spa, Kuala Lumpur |
|
Spa Terbaik – Pusat Penganginan |
Borneo Spa, Nexus Resort & Spa Karambunai, Sabah |
|
Spa Terbaik – Destinasi Spa |
Spa Village Tanjong Jara, Tanjong Jara Resort, Terengganu |
|
Spa Terbaik – Hotel |
Mandara Spa, Sunway Resort Hotel & Spa, Selangor |
|
Spa Baru Terbaik |
Avi Spa, Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan |
|
Spa Keluarga Terbaik |
Pedas Springs, First World Plaza, Resorts World Genting, Pahang |
|
Rekacipta Spa Terbaik (Hotel/Pusat Penganginan |
CHI, The Spa at Shangri-la's Rasa Sayang Resort & Spa, Penang |
|
Rekacipta Spa Terbaik (Spa Harian) |
Elysyle Spa, Kuala Lumpur |
|
Suasana Spa Terbaik |
Serenity Spa, Bangi, Selangor |
|
Pengalaman Spa Terbaik |
M Spa & Fitness, Maxims Genting, Resorts World Genting, Pahang |
|
Khidmat Pelanggan Terbaik |
JoJoBa Spa, Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur |
|
|
Sembunyi Spa, Cyberview Lodge Resort & Spa, Selangor |
|
Rawatan Unik Terbaik |
Suam Suam Panas, Shiok Shiok Sejuk, Spa Village Malacca, Malacca |
|
Rawatan Tradisi Terbaik |
Malay Strength, Avi Spa, Port Dickson, Negeri Sembilan |
|
|
Pulau Bayu Retreat, CHI, The Spa at Shangri-la's Tanjung Aru Resort & Spa, Sabah |
|
Rawatan Kesihatan Terbaik |
RimBa Royal, RimBa Spa, Royale Bintang Hotel, Kuala Lumpur |
|
Pusat Rawatan Rambut Terbaik |
101 Hair Care |
|
Pusat Pelangsingan Badan Terbaik |
Slimming Sanctuary |
|
Pusat Yoga Terbaik |
Yoga Club by Prabhu Yoga |
|
Produk Spa Terbaik (Kegunaan di rumah) |
Tanamera |
|
Produk Spa Terbaik (Penjagaan Badan) |
Biossentials |
|
Juruterapi Spa Terbaik |
Ayu Murdani, Spa Village |
|
|
Antony bin Dalani, Serenity Spa |
|
Peralatan Kesihatan Terbaik |
Zazen Far Infrared Thermal System, Zazen Health Solutions |
|
Akademi Seni Kuku Terbaik |
Y Snow Beauty |
|
Akademi Pelansingan Badan Terbaik |
Terimee International Beauty Slimming Academy |
|
Kumpulan Spa Terbaik |
Spa Village Group |
|
Pilihan Konsumer Terbaik |
Thai Odyssey |



